Republik Cinta

Republik Cinta merupakan album studio kelapan dan terakhir dari kumpulan muzik Indonesia Dewa 19 dengan hits single utama ialah Laskar Cinta, Emotional Love Song, Larut, Sedang Ingin Bercinta, Lelaki Pencemburu, Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu dan Selimut Hati. Album ini dikeluarkan pada 2006 di bawah label EMI. Album ini ialah album terakhir bersama pemain dram Tyo Nugros. Lagu Laskar Cinta digunakan sebagai runut bunyi untuk Sinetron "Emak Gue Jagoan" (MNCTV, 2006) dan Sinetron "Apa Kata Dunia" (Trans7, 2017). Lagu Selimut Hati digunakan sebagai runut bunyi untuk Sinetron "Selimut Hati" (RCTI, 2006).Single pertama dalam album ini iaitu Laskar Cinta ditayangkan semula pada penghujung tahun 2018 sebelum Ahmad Dhani dipenjara di mana lirik dalam lagu ini diubah suai sedikit dengan lirik yang berkaitan dengan tema Aksi 212 (2016 & 2017).